Isnin, 24 September 2018

Monolog Dua


What do you want to do before you die?” - Buried Life

Aku pernah pesan pada diri sendiri, apa yg akan jadi masa hadapan, hadapi dan terima seadanya tak kira apa yg berlaku. Dan buat masa sekarang ini, jangan rumitkan fikiran dan lakukan apa sahaja yg buat aku gembira. 

Aku mula teringat pada umur aku 20 tahun, aku sgt suka menonton rancangan program realiti Buried Life. Program realiti mengenai 4 org lelaki yg menyenarai 100 impian yg hendak mereka lakukan sblm mereka mati. Setiap episod mereka akan lakukan beberapa impian dari senarai tersebut. Pada akhir setiap episod mereka menanyakan soalan yg sama kepada org awam. Setelah itu, mereka akan mencari jalan utk membantu mencapai impian org awam yg bertuah.

Rancangan itu amat memberi impak kepada aku sekarang ni. Setelah menonton rancangan itu, membuatkan aku kagum dengan apa yg dilakukan oleh mereka.

Dari situ, aku mula menanya pada diri sendiri soalan yg sama. Apa yg aku mahu lakukan sebelum aku mati? Apakah impian aku? 

Dan mula pada saat itu, aku mula tekad ingin mencapai segala impian aku walau sekecil mana impian itu. Impian yg akan membuatkan diri aku gembira, percaya dan yakin pada diri sendiri, sentiasa positif dan menjadi diri sendiri. Walaupun sukar, tetapi kepuasan setelah melakukannya yg membuatkan aku ingin lakukan.




p/s : Salah satu impian aku ialah utk tinggal di Kuala Lumpur dan setiap hari, aku akan nampak KLCC dari tingkap/pintu rumah. Dan aku telah capai impian itu sewaktu praktikal dahulu. Yeayy. Haha. Mudah bukan impian aku? Haha. Tapi pengalaman itu yg aku mahukan sebenarnya dari segalanya.

Tiada ulasan:

Tidur

Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...