Sabtu, 26 Mei 2018

Bangkit Dunia



Ku fantasikan kehidupan dunia,
Bahagia cinta sehingga ke syurga,
Impian semewah jutaan mutiara,
Limpahan kejayaan di mana saja,
Buat semua warga dunia.

Ku mahu saksikan kemakmuran dunia,
Aman penghuninya sejahtera sentiasa,
Lemparan ketenangan air di muara,
Asyik berlagu menari gembira,
Disantun oleh sang perwira.

Aduhai dunia.

Adakah mahu berakhirnya kiamat dunia?
Tengkar dan bunuh di tanah bumi tercinta,
Mangsa tak salah di samun jiwa,
Lamunan tersentak setelah diragut petala.

Apa yang mahu kau bukti sebenarnya?
Kekuatan atau jajahan.
Tak cukupkah apa yang ada di tangan?
Kejayaan atau ketamakan.

Wahai warga dunia lainnya.

Adakah layak kita disifatkan manusia?
Perihal hanya tunggu dan lihat sahaja,
Buktikan kita juga merasa yg sama,
Saat kejatuhan insan yg kita panggil saudara.

Bangkit warga dunia, bangkit.

Lemah bukan satu alasan,
Bangkit bukan untuk berlawan,
Semangat kita sama-sama berikan,
Harta kita sama-sama kongsikan.

Semoga langkah kecil kita ditemukan jalan kemenangan,
Buat mereka yg merintih kesedihan dan kehilangan.


Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
*potongan gaji bulanan juga boleh dilakukan

Isnin, 7 Mei 2018

Tidur

Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...