Khamis, 8 September 2022

Tidur

Malam semakin gelita
Pagi semakin menghampiri
Mata semakin layu keletihan


Tak tertahan lagi badan

Terhampar atas katil tebal

Cuba lupa kan yang terjadi hari ini


Bunyi kipas memecah kesunyian

Bagai alunan berulang untuk segera tidur

Dalam tidak sedar alunan itu berhasil


Mata yang keletihan mula layu

Badan tak tertahan mula menderu

Jauh sudah berlayar menuju ke pagi


Selamat malam HARI INI.

Jumpa lagi HARI ESOK.

Rabu, 29 September 2021

Dualiti

Aku menipu pada diriku sendiri.

Selalu menyerlahkan rasa kuat,

Tapi sebenarnya lemah.

Di saat aku selalu tersenyum,

Tapi sebenarnya aku sering terluka.


Aku rahsiakan rasa hati sebenar.

Aku cuba tunjukkan ku yakin,

Tapi sebenarnya takut pada semua.

Aku lebih sukakan kisah bahagia,

Tapi sebenarnya aku mahu tutup kisah duka.


Aku pendamkan apa yang ku rasa.

Sering ingin mengelak utk tidak berfikiran negatif,

Tapi sebenarnya tiap malam insominia fikirkannya.

Tidak kisah tentang apa orang kata,

Tapi sebenarnya kisah apa yang aku kurang dimata mereka.


Menipu untuk keyakinan,

Atau mengelak dari dijauhkan.

Berahsia untuk kekuatan,

Atau mengelak dari dijatuhkan.

Pendam untuk penampilan,

Atau mengelak dari keganjilan.


Buat masa ini,

Aku lebih memilih,

Menipu, berahsia dan pendam.

Tapi sampai bila?

Aku pun tak pasti.

Khamis, 22 Oktober 2020

Tiga puluh

Tiga puluh dihitung dalam diam

Tak terasa sepi walau dipendam

Jalan berliku terasa sungguh kelam

Bila mana hati kau simpan dalam


Tiga puluh di saat di asak2

Masih mencari tempat untuk menapak

Adakah puas aku mengelak?

Atau jiwa sahaja tak nak berganjak.


Tiga puluh di angka permula 

Sudah berpuluh berapa sudah terkira

Impian mahu punya hidup sempurna

Masihkah sempat nak bolot semua?


Tiga puluh ku di jalan yang mana

Garisan baru terlukis semula

Berlari atau berjalan ia tak kisah apa

Adakah ia bergerak atau berhenti di tengah2 saja?

 

Isnin, 27 Julai 2020

Nikmat












Hujan dibawah sinar lampu jalan
Menitis satu persatu air
Ke atas pokok yang dibawah
Terpancar warna oren dari cahaya mentol

Angin dingin di malam hari
Bertiup lembut hingga udara terasa nyaman
Siulan dari tempias air ke atas daun
Melambai-lambai lemah dan kesayuan

Malam kesunyian menambah romantisnya
Bagai waktu ini berdetiknya perlahan
Terdiam sebentar melayani hujan
Melantun irama di atas atap zink

Tenangnya rasa menikmati rahmatNya
Mensyukuri setiap deria yang diberi
Dapat mendengar, melihat dan merasa
Hujan melimpahi bumi di malam hari

Selasa, 31 Disember 2019

Lebih Dari


Aku pilih untuk senyap lebih dari bersuara
Aku pilih untuk tidak menonjol lebih dari ku menyerlah
Aku pilih untuk tidak endah lebih dari mengambil tahu
Aku pilih untuk bersendirian lebih dari kebergantungan
Aku pilih untuk menjaga hati lebih dari menyakiti

Yang aku pilih ini bukan kerana aku kesal
Yang aku pilih ini bukan kerana aku kecewa
Yang aku pilih ini bukan kerana aku takut
Yang aku pilih ini bukan kerana aku mahu lari dari keadaan

Kerana aku bosan dengan sikapku sendiri
Kerana aku lelah jadi bahan perhatian
Kerana aku mahu hidup tanpa kebergantungan
Kerana aku mahu hidup ini, aku pilih jalan haluan.

Sabtu, 14 Disember 2019

Ruang Kosong

Aku sering berjaga malam
Kerana ini masanya untuk aku bersendiri
Hanya bertemankan bunyi kipas berpusing
Di ruang tamu, di atas sofa sambil berbaring
Televisyen tidak dibuka dan telefon di tangan tidak renggang
Mencari hiburan untuk aku ketawa
Untuk buangkan rasa tekanan dalam fikiran
Lupakan sekejap apa yang perlu aku lakukan
Aku gembira saat ini.

Betullah orang kata
Untuk gembira tak perlu wang ringgit
Cukuplah senyum dan ketawa
Pada perkara engkau suka
Tak perlu berfikir panjang
Tak perlu fikir apa yang perlu dibuat esok hari
Aku habiskan masa disini, masa ini, sekarang.

Seperti _ruang kosong_ dalam fikiran
Yang aku biarkan kosong
Kerana saat ini aku tak perlu fikirkan apa apa
Aku tak mahu negatif mempengaruhi aku jika aku terlampau memikir
Walaupun selalu ia datang tanpa sedar
Terlampau memikir sampai beratkan kepala
Hingga aku rungsing, sukar untuk tidur.

Disini, masa ini, sekarang.
Cukuplah aku senyum dan aku ketawa sendiri.
Aku gembira.

Selasa, 26 November 2019

Nota Sedih

Kesedihan yang melanda
Akibat hilangnya sekelip mata
Air mata yang berderai laju
Menangis aku keseorangan

Apa yang berlaku
Aku tidak dapat hadam
Yang ku tahu aku rindu
Diam saja bisa melemaskan aku
Kerana fikiran bergolak
Hati berkecamuk

Di mana jalan ku cari dulu
Sudah tiada
Kini bertemu laluan baru
Yang aku tidak biasa
Tapi aku biarkan hatiku laluinya
Biarpun janggal

Kesedihan kini tidak perlu air mata
Tapi hanya aku keseorangan sahaja
Bisa melemahkan jiwa dan perasaan
Yang terkadang berombak tanpa sedar

Aku tak sedih untuk cari simpati
Aku tak sedih untuk cari kawan
Tapi aku sedih untuk cari kekuatan
Dan aku sedih untuk terus ke hadapan

Beri aku ruang melepaskan kesedihan ini.
Dalam nota yang ku bisa ingat selalu.



Al-fatihah buat abah ku Mohamad Safri bin Abu (5 Nov 1952 - 23 Nov 2018, Jakarta)

Tidur

Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...