Selasa, 16 Julai 2019

Selamat Malam

Selamat malam. 
Ku ucapkan padamu setiap malam,
Bingkisan kata itu terungkap buatmu,
Agar kamu tahu, ku ada disisimu.

Selamat malam.
Melewati setiap akhir malam,
Biarpun pada awalnya kita tidak berhubung,
Namun tetap ku titipkannya di penghujung.

Selamat malam.
Satu nota menutupi harimu di waktu malam,
Ku tinggalkannya tanda aku sentiasa mengingatimu,
Dan dalam diam ku sentiasa menantimu.

Selamat malam.
Biarpun ada jurang masa, namun malam tetap malam,
Ku laungkan sebagai pengganti diriku,
Setiap ucapan itu bererti ku rindu kamu.

Selamat malam (dengan tanda hati).

Jumaat, 5 Julai 2019

Negativiti

Perasaan kekadang dipeduli
Berenyah hingga berat emosi diri
Keyakinan digilis keresahan hati
Patutkah dicemuh negativiti?

Lantunan jiwa menanyakan sesuatu
Lebih perit hingga sukar ia berlalu
Mata terpenjam tapi masih minda berlagu
Salahkah setiap langkahku?

Satu hari seperti panjangnya garis masa
Berombak bagai melawan arus di dalam jiwa
Mencari kelegaan tanpa berfikir apa-apa
Bilakah masa untuk tamatkannya?

Dibuntukan oleh masalah kelemahan diri
Menghitung setiap salahnya gerak-geri
Semuanya hanya mainan depresi
Adakah diri ini cukup untuk disukai?

Sudah jangan tanya lagi
Biar masa terus berganti
Meredakan perasaan di dalam hati
Semoga jumpa positiviti suatu hari nanti

Tidur

Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...