Rabu, 1 November 2017

Sebaran Kemarahan

Lukisan cerca parah dirobek sang jiwa—
Kelam hatinya diusik sejarah hitam—
Adakah sebab itu dia jadi seperti sekarang ini?
Luahan cacian, marah diperwatakan.

Lain benar setiap insan ini,
Ku cuba fahami jiwa mereka,
Dewasa matangkan fikiranku,
Cuba memahami apa yang berlaku.

Aku cuba semat dalam sanubariku,
Setiap masalah tak sama tuannya,
Mungkin jalannya lebih gelap,
Tak siapa yg tahu, tak siapa mengerti.

Perihal penenang jiwanya,
Dengan sebaran kemarahan pada mereka,
Pada mereka yg tidak tahu usulnya,
Pada mereka yg mahu menjatuhkannya.

Biarlah, 
Dia lebih tahu,
Apa yg dihadapinya,
Dia lebih mengerti.

Aku bukan musuh, 
Utk cari salah dalam benar,
Aku cuma sahabat,
Yg mahu katakan,
Yg benar kata benar, yg salah kata salah.



Tidur

Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...