Hey puisi
Lama sudah kita tidak berjumpa
Kerna ku kini sedang hangat bercinta
Maafkan aku lupakan kau sebentar
Hey puisi
Aku sudah berjumpa insan yg lama kutunggu
Insan yg sentiasa menyayangi aku
Yang buat aku tersenyum selalu
Hey puisi
Aku mahu buatnya gembira
Walau sering aku biarkan dia
Memahami diriku tanpa aku cuba memahami dia
Hey puisi
Hati ini sudah lama disakiti
Sekarang tiba masanya ku pulih dari dilukai lagi
Dengan mencintai insan yg sentiasa menyayangi aku ini
Hey puisi
Aku tinggalkan kau sementara
Bukan kerana kulupa
Kerna hati ini penuh cinta yg sukar dicerita
"Jika engkau dan aku lihat pada bulan, sesungguhnya kita melihat pada bulan yang sama dan aku namakan ia BULAN KITA. Dan jika engkau dan aku lihat pada puisiku ini, ku harap engkau dapat rasa yang sama apa yang ku rasa agar dapat kunamakan ia PUISI KITA"
Isnin, 5 September 2016
Jumaat, 1 Julai 2016
Aku tahu
Aku tahu kau takkan mengaku,
Yang kau mahu lebih dari aku,
Menghargai menyayangi hatimu,
Seperti orang disekelilingmu.
Aku tahu kau takkan bilang,
Yang kau mahu aku terus terang,
Bolehkah aku menjagamu hari yang mendatang,
Kerna ku sering sembunyi cinta yg ku pegang.
Jika kau dambakan masaku,
Khabarkan saja padaku,
Bukan kau simpan dalam hatimu,
Kerna ku tahu itu bukan kamu.
Aku tahu aku tak seperti orang lain yg bisa berikan masa mereka pada orang yg dicinta. Kerna ku ingin kau faham aku. Aku seorang pengikut bukan orang yang diikuti. Aku seorang yang diajak bukan orang yang mengajak. Ajak aku dan aku akan ikut. Ajar aku jadi orang yg kau inginkan. Aku sanggup relakan. Jika kau tidak mahu simpan lama2 rindu dan sayangmu.
Yang kau mahu lebih dari aku,
Menghargai menyayangi hatimu,
Seperti orang disekelilingmu.
Aku tahu kau takkan bilang,
Yang kau mahu aku terus terang,
Bolehkah aku menjagamu hari yang mendatang,
Kerna ku sering sembunyi cinta yg ku pegang.
Jika kau dambakan masaku,
Khabarkan saja padaku,
Bukan kau simpan dalam hatimu,
Kerna ku tahu itu bukan kamu.
Aku tahu aku tak seperti orang lain yg bisa berikan masa mereka pada orang yg dicinta. Kerna ku ingin kau faham aku. Aku seorang pengikut bukan orang yang diikuti. Aku seorang yang diajak bukan orang yang mengajak. Ajak aku dan aku akan ikut. Ajar aku jadi orang yg kau inginkan. Aku sanggup relakan. Jika kau tidak mahu simpan lama2 rindu dan sayangmu.
Ahad, 12 Jun 2016
Mencari Yang Benar
Perlahan lahan aku mahu lepaskan semuanya,
Aku cuba.
Setiap tindak tandukku dicemari kealpaan keseronokkan,
Aku lelah.
Doakan aku, moga aku setia.
Aku cuba.
Setiap tindak tandukku dicemari kealpaan keseronokkan,
Aku lelah.
Doakan aku, moga aku setia.
Rabu, 8 Jun 2016
Buat Sahabat
Kadang² gurau aku agak kasar,
Teguran aku agak menyakitkan.
Namun aku harap kau dapat faham,
Apa yg cuba ku sampaikan.
Dan ku harap kau positif apa yg difikiran,
Segala apa yg cuba ku luahkan.
Terus terang aku katakan,
Aku bukan sahabat yg baik,
Tapi cuba untuk jadi yg terbaik.
Tak perlu ingat segala jasaku,
Cuma kau ingat aku di akhirat.
Dan kau hulurkan tanganmu,
Tarik aku sama² ke syurga,
Yg kita sama impikan.
Teguran aku agak menyakitkan.
Namun aku harap kau dapat faham,
Apa yg cuba ku sampaikan.
Dan ku harap kau positif apa yg difikiran,
Segala apa yg cuba ku luahkan.
Terus terang aku katakan,
Aku bukan sahabat yg baik,
Tapi cuba untuk jadi yg terbaik.
Tak perlu ingat segala jasaku,
Cuma kau ingat aku di akhirat.
Dan kau hulurkan tanganmu,
Tarik aku sama² ke syurga,
Yg kita sama impikan.
Khamis, 10 Mac 2016
Diri
Malu cerita pasal diri
Baran tak pernah ubah kanan dan kiri
Semua dilanyak dilantak sampai mati
Bikin keliling puas disakiti
Bila nak sedar wahai diri
Berubahlah sebelum terus dibenci
Binasa mulut ini harus dikunci
Sampai sudah kau tak diingati
Bersabarlah yang punya diri
Ingatlah jangan terputus tali
Biar sedikit kau tahan maki
Agar tidak dosa kau terus tinggi
Baran tak pernah ubah kanan dan kiri
Semua dilanyak dilantak sampai mati
Bikin keliling puas disakiti
Bila nak sedar wahai diri
Berubahlah sebelum terus dibenci
Binasa mulut ini harus dikunci
Sampai sudah kau tak diingati
Bersabarlah yang punya diri
Ingatlah jangan terputus tali
Biar sedikit kau tahan maki
Agar tidak dosa kau terus tinggi
Rabu, 24 Februari 2016
Sebab & Makna
Ada sebab
Bila dibilang cinta
Aku terima
Bila dibilang rindu
Aku sambut
Ada makna
Bila diasak kasih
Aku rela
Bila diasak sayang
Aku simpan
Sebab aku bahagia ada kamu
Makna aku mahu kamu selamanya
Bila dibilang cinta
Aku terima
Bila dibilang rindu
Aku sambut
Ada makna
Bila diasak kasih
Aku rela
Bila diasak sayang
Aku simpan
Sebab aku bahagia ada kamu
Makna aku mahu kamu selamanya
Jumaat, 29 Januari 2016
Sayang
Kadang terfikir
Adakah aku yg tidak beri cinta sepenuhnya
Atau kau yg luahkan lebih dari sepatutnya
Sabarlah sayang
Berikan ia sedikit sedikit pada aku
Percaya aku sayang
Aku juga cinta dan rindu
Tak perlu kau bimbang sayang
Jika masa kita luangkan tak cukup bagi kamu
Kerna
Aku harapkan
Rasa itu tak habis pada masanya
Dan kerna
Aku inginkan
Rasa itu bertahan lebih lama
Adakah aku yg tidak beri cinta sepenuhnya
Atau kau yg luahkan lebih dari sepatutnya
Sabarlah sayang
Berikan ia sedikit sedikit pada aku
Percaya aku sayang
Aku juga cinta dan rindu
Tak perlu kau bimbang sayang
Jika masa kita luangkan tak cukup bagi kamu
Kerna
Aku harapkan
Rasa itu tak habis pada masanya
Dan kerna
Aku inginkan
Rasa itu bertahan lebih lama
Jumaat, 15 Januari 2016
Konfensi 1
Jujur
Saya tak pernah ada keyakinan untuk bercinta
Tapi adanya awak
Saya jadi yakin awaklah cinta hati saya.
Saya tak pernah ada keyakinan untuk bercinta
Tapi adanya awak
Saya jadi yakin awaklah cinta hati saya.
Selasa, 12 Januari 2016
Sudah lama
Sudah lama tak rasa
Bila dibaling disambut suka
Bila disenyum manisnya rasa
Hati kini sudah berbunga
Bila mata tak toleh mana
Bila otak tak fikir apa
Adanya awak dan saya
Bahagia saya harap selamanya
Bila dibaling disambut suka
Bila disenyum manisnya rasa
Hati kini sudah berbunga
Bila mata tak toleh mana
Bila otak tak fikir apa
Adanya awak dan saya
Bahagia saya harap selamanya
Langgan:
Catatan (Atom)
Tidur
Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...
-
Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...
-
Aku menipu pada diriku sendiri. Selalu menyerlahkan rasa kuat, Tapi sebenarnya lemah. Di saat aku selalu tersenyum, Tapi sebenarnya aku seri...
-
Tiga puluh dihitung dalam diam Tak terasa sepi walau dipendam Jalan berliku terasa sungguh kelam Bila mana hati kau simpan dalam Tiga puluh ...