Ahad, 29 Oktober 2017

Sedar

Saat dimensi kau buta
Kau tak nampak masa yg berjalan
Kau riang, kau ketawa
Tiada apa yang kau difikirkan berat

Hari demi hari kau tunggu
Tak sabar kau menanti hari esok
Lebih ceria, lebih bahgia
Tiada apa yang dijiwanya penat

Bila kau sedar masa itu telah berlalu
Masalah yg timpa, mahu saja kau lari
Ketika ini kau tidak lagi tunggu hari esok
Kerna kau tidak tahu dimana lagi mahu sembunyi

Waktu kau sedar tiada lagi dimensi buta
Hanya perasaan yg perlu kau jaga
Hanya masalah yg perlu kau selesaikan
Hanya luka yg perlu kau ubati, sendiri

Dan akhirnya kau berharap
Kembalinya saat sebelum kau sedar
Moga kau riang, kau ketawa
Moga hari kau ceria, hari kau bahgia
Tiada apa yang kau fikirkan berat
Tiada apa yang dijiwanya penat

Tidur

Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...