Isnin, 7 Disember 2015

Mana Tahu

aku risau
mana tahu
aku
jatuh
cinta
dengan  
kau
sebab
aku risau
mana tahu
kau
lari
jauh
dari
aku

Khamis, 3 Disember 2015

Layakkah aku?

Dalam paksi yang dilukis mimpi
Angannya dikau dan aku berkongsi hati
Dan dalam ruang yang diulit realiti
Malangnya mimpi hanya tinggal fantasi

Persoalannya--

Layakkah aku untuk menyayangi
Bila suka kau kongsi sama sendiri
Dengan orang yang kau sukai.  

Layakkah aku untuk mencemburui
Dan memaksa diri untuk fahami
Bahawa aku sahaja yang kau cintai.

Rabu, 18 November 2015

Buka buku

Belajar bukannya sukar
Cuma ada masanya perlu sabar

Aku sudah rasa seksanya
Dan aku juga tahu peritnya

Seksanya tak mengerti apa yg diajar
Peritnya tak tahu mana jalan mulanya
                                       
Ada masanya aku lelah
Namun tak pernah ku fikir utk mengalah.

Isnin, 25 Mei 2015

Lewat

Ku sering lewat

Lewat untuk bersiap
Lewat untuk menentukan arahku
Lewat untuk ke mana saja

Dari segala apa pun
Ku sering lewat
                                       
Lewat untuk mengetahui apa yg kumahukan
Lewat untuk memahami  apa yg kurasakan                        
Lewat untuk meluahkan jiwa dan perasaan

Moga ku tidak terlewat untuk kukatakan
Yang hati ini telah tertambat oleh jiwa dan perasaan

Jika jiwa dan perasaan itu masih kau simpan.

Khamis, 14 Mei 2015

Jalan Gelap

Jika ku mampu putarkan semula waktu,
Mungkin takkan terjadi kekusutan itu,
Mungkin takkan berlaku kerisauan dihatiku.

Sesungguhnya jalan yg ku ambil ini amatlah payah.
Kerna jalannya gelap, sukar untuk ku melangkah

Ku harapkan pacaran, dari terangnya bulan
Moga dapat kutamatkan, segala kesamaran.

Rabu, 7 Januari 2015

Cemburu

Kerumunan air mata menitis bisu
Runtun jiwa melihat teresaknya si ibu
Hiba seketika memujuk sendu

Titis air bukan saja dari mata
Awan juga punya rasa yang sama
Tanda kesedihan bukan hanya pada kita

Bolehkah aku percaya, ini realitinya?
Bukan aku saja yang rasa, tapi puluh, lebih, ratus, tak terkira.
Dingin tanganku mempercayainya.

Ini ucapan biasa yang ku mahu ucapkan;
Bersemadilah wahai kawan,
Moga tenang kau disana.

Ku tahu,
Tuhan lebih menyayangimu.

Namun.
Jelas.                                
Kau buat ku cemburu.

Al-fatihah buat Mohamad Izabani bin Kamaruddin (1989 - 4 Jan 2015)

Tidur

Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...