Selasa, 31 Disember 2019

Lebih Dari


Aku pilih untuk senyap lebih dari bersuara
Aku pilih untuk tidak menonjol lebih dari ku menyerlah
Aku pilih untuk tidak endah lebih dari mengambil tahu
Aku pilih untuk bersendirian lebih dari kebergantungan
Aku pilih untuk menjaga hati lebih dari menyakiti

Yang aku pilih ini bukan kerana aku kesal
Yang aku pilih ini bukan kerana aku kecewa
Yang aku pilih ini bukan kerana aku takut
Yang aku pilih ini bukan kerana aku mahu lari dari keadaan

Kerana aku bosan dengan sikapku sendiri
Kerana aku lelah jadi bahan perhatian
Kerana aku mahu hidup tanpa kebergantungan
Kerana aku mahu hidup ini, aku pilih jalan haluan.

Sabtu, 14 Disember 2019

Ruang Kosong

Aku sering berjaga malam
Kerana ini masanya untuk aku bersendiri
Hanya bertemankan bunyi kipas berpusing
Di ruang tamu, di atas sofa sambil berbaring
Televisyen tidak dibuka dan telefon di tangan tidak renggang
Mencari hiburan untuk aku ketawa
Untuk buangkan rasa tekanan dalam fikiran
Lupakan sekejap apa yang perlu aku lakukan
Aku gembira saat ini.

Betullah orang kata
Untuk gembira tak perlu wang ringgit
Cukuplah senyum dan ketawa
Pada perkara engkau suka
Tak perlu berfikir panjang
Tak perlu fikir apa yang perlu dibuat esok hari
Aku habiskan masa disini, masa ini, sekarang.

Seperti _ruang kosong_ dalam fikiran
Yang aku biarkan kosong
Kerana saat ini aku tak perlu fikirkan apa apa
Aku tak mahu negatif mempengaruhi aku jika aku terlampau memikir
Walaupun selalu ia datang tanpa sedar
Terlampau memikir sampai beratkan kepala
Hingga aku rungsing, sukar untuk tidur.

Disini, masa ini, sekarang.
Cukuplah aku senyum dan aku ketawa sendiri.
Aku gembira.

Selasa, 26 November 2019

Nota Sedih

Kesedihan yang melanda
Akibat hilangnya sekelip mata
Air mata yang berderai laju
Menangis aku keseorangan

Apa yang berlaku
Aku tidak dapat hadam
Yang ku tahu aku rindu
Diam saja bisa melemaskan aku
Kerana fikiran bergolak
Hati berkecamuk

Di mana jalan ku cari dulu
Sudah tiada
Kini bertemu laluan baru
Yang aku tidak biasa
Tapi aku biarkan hatiku laluinya
Biarpun janggal

Kesedihan kini tidak perlu air mata
Tapi hanya aku keseorangan sahaja
Bisa melemahkan jiwa dan perasaan
Yang terkadang berombak tanpa sedar

Aku tak sedih untuk cari simpati
Aku tak sedih untuk cari kawan
Tapi aku sedih untuk cari kekuatan
Dan aku sedih untuk terus ke hadapan

Beri aku ruang melepaskan kesedihan ini.
Dalam nota yang ku bisa ingat selalu.



Al-fatihah buat abah ku Mohamad Safri bin Abu (5 Nov 1952 - 23 Nov 2018, Jakarta)

Selasa, 16 Julai 2019

Selamat Malam

Selamat malam. 
Ku ucapkan padamu setiap malam,
Bingkisan kata itu terungkap buatmu,
Agar kamu tahu, ku ada disisimu.

Selamat malam.
Melewati setiap akhir malam,
Biarpun pada awalnya kita tidak berhubung,
Namun tetap ku titipkannya di penghujung.

Selamat malam.
Satu nota menutupi harimu di waktu malam,
Ku tinggalkannya tanda aku sentiasa mengingatimu,
Dan dalam diam ku sentiasa menantimu.

Selamat malam.
Biarpun ada jurang masa, namun malam tetap malam,
Ku laungkan sebagai pengganti diriku,
Setiap ucapan itu bererti ku rindu kamu.

Selamat malam (dengan tanda hati).

Jumaat, 5 Julai 2019

Negativiti

Perasaan kekadang dipeduli
Berenyah hingga berat emosi diri
Keyakinan digilis keresahan hati
Patutkah dicemuh negativiti?

Lantunan jiwa menanyakan sesuatu
Lebih perit hingga sukar ia berlalu
Mata terpenjam tapi masih minda berlagu
Salahkah setiap langkahku?

Satu hari seperti panjangnya garis masa
Berombak bagai melawan arus di dalam jiwa
Mencari kelegaan tanpa berfikir apa-apa
Bilakah masa untuk tamatkannya?

Dibuntukan oleh masalah kelemahan diri
Menghitung setiap salahnya gerak-geri
Semuanya hanya mainan depresi
Adakah diri ini cukup untuk disukai?

Sudah jangan tanya lagi
Biar masa terus berganti
Meredakan perasaan di dalam hati
Semoga jumpa positiviti suatu hari nanti

Sabtu, 8 Jun 2019

Terbaik

Ada ketika masalah menimpa
Kecil salahmu diungkitnya besar
Kamu cuba terangkan silapnya
Namun tiada siapa yang mendengar

Saat tiada siapa memihak padamu
Kamu hanya mampu berdiam diri
Menunggu saat sesuai untuk bersuara
Mempertahan dari terus persalahkan

Jangan risau pada keadaan
Ia akan berlalu tanpa kamu sedar
Duka yang kamu rasa akan hilang
Teruskan apa yang kamu fikir benar

Emosi tidak selesaikan masalah
Hanya bermasalah jika kamu beremosi
Tunggu sahaja ia reda seketika
Kerna kamu telah lakukan yang terbaik

Ahad, 2 Jun 2019

ATKCABM

”Jika kau tak mampu membalas cintaku, aku takkan paksa tapi satu sahaja permintaanku.”
“Apa dia?”
“Benarkan aku setia menjaga hatimu.”

Berpuluh kali kerinduan tak terkira
Beribu kali sayang ku hamparkan jiwa
Dan ku biarkan aku menyanjungimu
Menghambakan aku buat dirimu

Langsung tidak berakal jadinya aku
Mengenggelamkan rasa maluku
Membiar kepuasan melihatmu
Buat jiwaku terbang di langit biru

Jika perihalku membodohkan aku
Aku tak kisah jika semuanya untuk kamu
Kerna telah ku tetapkan satu pesanan
Memilikimu mustahil buatku dambakan

Biarkan diriku cari kebahagiaanku
Tak paksa kamu membalasnya untukku
Cuma mahu kamu membenarkan diriku
Menjaga dengan setia hatimu

*ATKCABM - Aku Tak Kalah Cuma Aku Belum Menang
**Kalah - Loser

Khamis, 16 Mei 2019

Teruskan Kehadapan

Dunia akan terus berjalan
Lepasi perasaan yang kau pikul berat
Tinggallah sampai di sini
Dan habiskanlah semua rasamu itu

Puas sudah kau tanggung beban
Dalam dilema berpuluh kali kau temu
Menambah kuatkan hati mu itu
Tak terkesan oleh rintangan yang datang

Dalam diam ku kan bersamamu
Menampung segala apa yang mampu ku tampung
Aku tidaklah sehebat mana
Cukup sekadar menyambut kala kau jatuh

Aku tahu kau kuat
Ku percaya akan hadir sinar satu masa
Tak ternyata bila masanya
Berdoalah dan teruskan kehadapan

Selasa, 7 Mei 2019

Percaya

Aku dibayangi rasa sayang padamu
Tak terpikir akan sedalam itu
Sehingga ku sendiri tak lagi mampu
Untuk menanti setiap khabar beritamu

Ku habiskan waktuku melihat gambarmu
Agar ku bisa lepaskan rasa rinduku
Masa yang ku habis menantimu
Ibaratku berjalan beribu batu

Kau berikan harapan padaku
Untuk terus mendekatimu
Walau ku ragui setiap tindak balasmu
Namun bisa melemaskan perasaanku

Sayangnya kau jauh dari aku
Dan kau juga berbeza dari kehidupanku
Namun ku masih percaya kemungkinan itu
Bahawa ku mampu jetik rasa sayang pada hatimu

Jumaat, 12 April 2019

Obsesi

Aku obsesi
Dari awal ke pengakhiran
Tersimpan naskah yang terbuku menjadi satu
Ilmu yang tiada penghujungnya


Aku obsesi
Dari hobi menjadi ruji kehidupan
Tiap hari ku cari apa yang ku minati
Lebih banyak ku cari lebih banyak ku dalami


Aku obsesi
Dari pembacaan kepada pemahaman
Tak perlu tanya pada dasar
Ternyata ku kaji lebih teliti


Aku obsesi
Dari pemerhatian hingga menghantui fikiran
Tak pernah cukup apa aku tahu masa ini
Masih tak tercukup yang terlepas masa dulu


Aku obsesi
Dan aku akan terus obsesi
Sampai satu tahap ku jumpa obsesi yang baru



Perasaan yg sukar digambarkan apabila kita suka dan minat pada sesuatu benda atau perkara hingga menjadi obses. Kita mula menjadi fokus utk mencari, fahami dan mendalami. Perkataan ‘obsesi’ diulang banyak kali menggambarkan perasaan itu.

Tidur

Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...