Jumaat, 28 Mac 2014

Tiba - tiba

Mereka yg sedang lena disirami mimpi indah,
Ku yg dijaga penuh ingatan pada mereka.

Tiba - tiba.

Sabtu, 22 Mac 2014

Keliru tak tahu

Ku lihat girang si mereka memilih mana--
Yang jadi pilihan mata,
Yang jadi berkenan hati.

Ku lihat senyum si mereka mencari satu-- 
Yang jadi tambat jiwa,
Yang jadi pukau rasa.

Ku lihat gembira si mereka keliru tak tahu--
Memilih mencari mana satu.
                                           
Ku hanya mampu lihat utk bisa jadi seperti si mereka,
Pada masanya mata, hati, jiwa dan rasa,
Di tahap yang sama,  
Keliru tak tahu.




saat pertama kali tinjau-tinjau di JPO.

Jumaat, 21 Mac 2014

Desak, Angau, Bisu

Seperti malam kala lampu di matikan, gelap ..
Seperti di atas pentas , pancaran cahaya suluh ke arah mu, mula ku terpegun..
Lalu dengup jantungku, laju..
Tika dirimu berlalu di sisi ku..

Seperti pesalah di gawang keadilan, kaku..
Seperti mulutku terkunci, bisu..
Dialog, perlakuan semua tidak seirama,
Kalut semua jadinya.

Ingin ku cuba dekati mu,
Ingin ku cuba berbicara dengan mu,
Namun tiada bahasa,
tiada cara untuk dimula.

Mahu ku berikan senyuman kala berjumpa
Namun seperti ku katakan,
Dialog, perlakuan semua tidak seirama,
Kalut semua jadinya.

Antara kamu dan aku, ditengahnya ada dinding yang tebal,
Pintunya yang ada, namun tidak mampu ku buka,
Hanya menunggu saat kamu keluar dari dinding itu,
Moga dapat ku lihat wajahmu,walau hanya dicelah saja.

Otak berfungsi untuk berfikir,
Berfikir untuk selesaikan masalah,
Namun otakku tidak lagi menjalankan tugasnya,
Kerna hari-hariku teringat akan dirimu.

Tiap hari, tiap masa,
Otak ku berfikir,sering berulang-ulang,sama saja,
Iaitu kufikirkan ‘adakah kamu juga rasa yang sama?’

Sering ku simpulkan tingkahmu,
Agar kurang beban terasa dihatiku,
Kerna jiwaku kuat menanggung perasaan ingin tahu.

Inginku akhirkan semua ini dengan noktahnya,
Biar lesap semua prasangkaku,
Akan ku tunggu, masa dan ketika,
Dirimu ku kenali walau hanya teman biasa.

Khamis, 20 Mac 2014

Bulan

Cantik sungguh bulan malam ini--

Ku tunduk dan ku toleh,
Toleh dan toleh lagi.
Ku malu untuk melihat terus,
Terus melihat pesonanya.

Kabus tebal tak nampak dek jalan,
Angin malam yang sejuk mencengkam,
Tak sedikit pun dapat kikis cantiknya dikau.

Bukan ku sedar sekarang,
Tapi lama sudah.
Cuma tak terluah,
Apa yang di tenang.

Ku akui,
Ku terpaku,
Sebentar.

Rabu, 19 Mac 2014

Cuba

Cuba kau lihat keikhlasanku,
Dan jangan kau meraguinya,

Cuba kau rasa perasaanku,
Dan jangan kau bertanyakannya,

Cuba kau pegang janji ku,
Dan jangan kau melupakannya.
                                                       
Cuba lihat, rasa dan pegang.
Ikhlas, perasaan dan janjiku.            

Jika kau mahu ku jadi imam mu,
Sanggup kah kau bertelekung litup,
Menutup ikhlas, perasaan, janjimu,
Dan setia menjadi makmum ku.

Sabtu, 15 Mac 2014

Lain

Di antara semuanya,
Kau lain.  
                   
Jika semua bisa buat ku tersenyum,
Kau tidak.             
Jika semua bisa buat ku gembira,  
Kau tidak.                             
    
Kau lain dan kau istimewa.
                                              
Namun ku mahu kau hentikan jadi yg lain.                                          
Sebab ku tak mahu kau jadi yg     istimewa.

Jumaat, 14 Mac 2014

Mohon tunjukkan

Aku baru sahaja sampai,
Di sini, di dunia ini.   
Mohon tunjukkan jalan,
Yang lebih elok,
Yang lebih kaya rasanya,
Yang adanya baru,
Yang lebih puitis                          
Yang lebih manis bahasa nya,  
Boleh tusuk jarum dalam jiwa.

Sabtu, 8 Mac 2014

Rabak kekal

Dinding mana kau langgar?   
Buka pintu tu dulu.        
Hati mana kau simpan?                
Buka kunci tu dulu.
Suara mana kau campak?  
Buka mulut tu dulu.           
                                                              
Cuba jelaskan.                            
                                                
Dalam ni dah letih menunggu.
Dalam ni ada kotak dah rabak kekal.
Yang tinggal tipis nipis kertas.    
Kalau tak dapat ditahan,      
Esok lusa jadi hapusan.          
Kalau itu kau mahukan.

Jumaat, 7 Mac 2014

Mula Cerita

Rosak aksara perkataan,
Ayat yang disusun lintas dari fikiran,
Untuk hubungkan rasa dalam tulisan,
Anggapan orang kan baca dan terkesan.

Cintakan bahasa katanya.

Eksperimen disimpul dengan ceritanya,
Jiwa raga diolah dengan seninya.

Lambat laun kau kan faham juga.

Tidur

Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...