Isnin, 24 September 2018

Monolog Dua


What do you want to do before you die?” - Buried Life

Aku pernah pesan pada diri sendiri, apa yg akan jadi masa hadapan, hadapi dan terima seadanya tak kira apa yg berlaku. Dan buat masa sekarang ini, jangan rumitkan fikiran dan lakukan apa sahaja yg buat aku gembira. 

Aku mula teringat pada umur aku 20 tahun, aku sgt suka menonton rancangan program realiti Buried Life. Program realiti mengenai 4 org lelaki yg menyenarai 100 impian yg hendak mereka lakukan sblm mereka mati. Setiap episod mereka akan lakukan beberapa impian dari senarai tersebut. Pada akhir setiap episod mereka menanyakan soalan yg sama kepada org awam. Setelah itu, mereka akan mencari jalan utk membantu mencapai impian org awam yg bertuah.

Rancangan itu amat memberi impak kepada aku sekarang ni. Setelah menonton rancangan itu, membuatkan aku kagum dengan apa yg dilakukan oleh mereka.

Dari situ, aku mula menanya pada diri sendiri soalan yg sama. Apa yg aku mahu lakukan sebelum aku mati? Apakah impian aku? 

Dan mula pada saat itu, aku mula tekad ingin mencapai segala impian aku walau sekecil mana impian itu. Impian yg akan membuatkan diri aku gembira, percaya dan yakin pada diri sendiri, sentiasa positif dan menjadi diri sendiri. Walaupun sukar, tetapi kepuasan setelah melakukannya yg membuatkan aku ingin lakukan.




p/s : Salah satu impian aku ialah utk tinggal di Kuala Lumpur dan setiap hari, aku akan nampak KLCC dari tingkap/pintu rumah. Dan aku telah capai impian itu sewaktu praktikal dahulu. Yeayy. Haha. Mudah bukan impian aku? Haha. Tapi pengalaman itu yg aku mahukan sebenarnya dari segalanya.

Sabtu, 22 September 2018

Cinta Selamanya

Jika aku jatuh cinta sekarang
Adakah aku dapat cinta selamanya?

Persoalan yg sering bermain difikiranku
Adakah aku mampu pertahankan cinta selamanya?

Cinta selamanya —
Berat rasa hati untuk terima
Yg dulu kusut kerana cinta
Mahu dipercayanya lagi

Cinta selamanya —
Hati kini sukar dimengerti
Sering diganggu masaku sendiri
Saat rasa sepi datang tiba-tiba

Cinta selamanya —
Ada masanya hati tak perlu semuanya
Hanya teman bisa buat hati gembira
Hilang rasa sepi seorang sendiri

Cinta selamanya —
Tak berharap akan hadir di saat ini
Dan tak tolak jika ia tiba
Namun beri masa utk aku bersedia

Cinta selamanya —
Pintu hati belum dibuka sepenuhnya lagi
Trauma pada jiwa yg disakiti
Masa yg dihabisi oleh kecewa

Cinta selamanya —
Sesiapapun yg bisa hadir
Hadirlah dgn kerendahan harapan
Yg aku ini janggal cinta

Cinta selamanya —
Yang membaca nukilan ini
Yang bisa sentuh pada hatimu
Adakah kamu yg ku cari?

Selasa, 12 Jun 2018

Crush

Minta kau jangan lalu sini,
Kerna mataku tak berkelip memerhati,
Kau buat ku tersenyum sendiri.

Minta kau jangan pandang sini,
Kerna jantungku dengup tak berhenti,
Kau buat ku malu pada diri.

Biar aku lihat kau dari jauh saja,
Ia sudah bisa buat ku gembira.

Kau,
Kau yang buatku gelisah,
Kau yang buatku tidak tenteram jiwa,
Dan kau si peragut cinta.

Ahad, 10 Jun 2018

Simpan Sendiri

Bayangan anganku ini,
Bisa memiliki kau dihati,
Katakan ia bukan mimpi.

Aku pada jauh sudut hatiku ini,
Bisa ada bersamamu tiap hari,
Katakan ia bukan imaginasi.

Adakah besar harapanku ini?
Ingin memiliki hatimu dan ingin bersamamu tiap hari?

Jelas ianya sementara di sanubari,
Kerna lelah ku cekal pada realiti,
Tiap apa yg diimpi,
Bukan mudah untuk dimiliki,
Cukup hanya kusimpan sendiri,


Segala mimpi dan imaginasi.

Sabtu, 26 Mei 2018

Bangkit Dunia



Ku fantasikan kehidupan dunia,
Bahagia cinta sehingga ke syurga,
Impian semewah jutaan mutiara,
Limpahan kejayaan di mana saja,
Buat semua warga dunia.

Ku mahu saksikan kemakmuran dunia,
Aman penghuninya sejahtera sentiasa,
Lemparan ketenangan air di muara,
Asyik berlagu menari gembira,
Disantun oleh sang perwira.

Aduhai dunia.

Adakah mahu berakhirnya kiamat dunia?
Tengkar dan bunuh di tanah bumi tercinta,
Mangsa tak salah di samun jiwa,
Lamunan tersentak setelah diragut petala.

Apa yang mahu kau bukti sebenarnya?
Kekuatan atau jajahan.
Tak cukupkah apa yang ada di tangan?
Kejayaan atau ketamakan.

Wahai warga dunia lainnya.

Adakah layak kita disifatkan manusia?
Perihal hanya tunggu dan lihat sahaja,
Buktikan kita juga merasa yg sama,
Saat kejatuhan insan yg kita panggil saudara.

Bangkit warga dunia, bangkit.

Lemah bukan satu alasan,
Bangkit bukan untuk berlawan,
Semangat kita sama-sama berikan,
Harta kita sama-sama kongsikan.

Semoga langkah kecil kita ditemukan jalan kemenangan,
Buat mereka yg merintih kesedihan dan kehilangan.


Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
*potongan gaji bulanan juga boleh dilakukan

Isnin, 7 Mei 2018

Isnin, 30 April 2018

Blok Kejanggalan

Ia bukan kerana tidak dapat menerima kenyataan,
tetapi lebih kepada kejanggalan yg dihadapi.

Org lain bercerita mengenai sesuatu dibelakang kau yg mereka fikir,
kau tak patut tau
atau hanya utk jaga perasaan kau sahaja.

Kejanggalan terjadi,
apabila kau tau apa yg mereka bincangkan,
tetapi mereka fikir kau tak tau. 

Dan kau pun mula melangkah setapak kebelakang dan berlalu pergi.
Adakah apa yg kau buat ini betul?
Hanya diam dan pekakkan telinga. 

Kerana kejanggalan berlaku bukan dari kau
dan kau dah lama tak fikir pasal kenyataan itu.
Kenapa perlu kau lakukan itu?

Dan ketika itu kau terfikir,
Bagaimana hendak robohkan blok kejanggalan itu?
Dan kau juga berfikir, jika mampu kau robohkan,
adakah mereka dpt menerima hakikatnya?


Sedih bukan? Salah siapa sebenarnya? 

Sabtu, 17 Mac 2018

Happy Ending

Hidup ini adalah satu pilihan,
Pilihan yg kau pilih utk diri kau sendiri,
Pilihan yg tak mungkin sama dgn yg lain.

Aku lebih memilih untuk bahagiakan org lain,
Dari aku sendiri,
Kerna kuharapkan bahagia itu akan dtg,
Dengan sendirinya pada aku.

Aku rela memilih utk menonton drama happy ending,
Memilih drama komedi buat ku ketawa,
Memilih drama cinta buat ku tersenyum,
Dari memilih utk menonton drama sedih,
Drama yg bisa menusuk kalbu,
Kerna hatiku tak kuat utk menahan derita sedihnya pelakon drama,
Kerna sifatku sering pendam lama perasaan sakitnya itu,
Perit rasanya jika hidupku begitu.

Begitu juga jalan hidupku ini,
Aku memilih untuk redah segala halangan yg menimpa,
Memilih utk ketawa pada masalah,
Memilih utk senyum pada kekusutan,
Kerna ku harapkan agar tersemat positif pada jiwaku ini.

Ku sering berimaginasi tentang jalan hidupku ini.
Adakah sama seperti drama happy ending ?
Atau sama seperti drama sedih yg menusuk kalbu ?

Tak kira apa drama sekali pun,

Yg mampu bisa kuberharap adalah, 
Dipenghujung akhir ceritanya, aku bahagia.

Tidur

Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...