Isnin, 5 September 2016

Hey Puisi

Hey puisi
Lama sudah kita tidak berjumpa
Kerna ku kini sedang hangat bercinta
Maafkan aku lupakan kau sebentar

Hey puisi
Aku sudah berjumpa insan yg lama kutunggu
Insan yg sentiasa menyayangi aku
Yang buat aku tersenyum selalu

Hey puisi
Aku mahu buatnya gembira
Walau sering aku biarkan dia
Memahami diriku tanpa aku cuba memahami dia

Hey puisi
Hati ini sudah lama disakiti
Sekarang tiba masanya ku pulih dari dilukai lagi
Dengan mencintai insan yg sentiasa menyayangi aku ini

Hey puisi
Aku tinggalkan kau sementara
Bukan kerana kulupa
Kerna hati ini penuh cinta yg sukar dicerita

Tidur

Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...