Jumaat, 24 Februari 2017

Monolog Satu

"Korang jangan tinggal aku."

Mungkin bagi mereka hanyalah gurauan dari aku. Tapi dari sudut hati aku, itulah harapan aku. Bukan kerana aku tidak boleh berdikari atau tinggal seorang diri. Lebih kepada tidak dipinggirkan atau dilupakan. Aku sayang sahabat aku kerana susah senang aku bersama mereka selain keluargaku. Aku harap mereka ikhlas bersahabatkan aku bukan kerana gelak tawa atau wang ringgit semata-mata. Dan kadang aku mengaku aku agak memaksa atau perangaiku jugak kadang 'annoying', harap mereka faham dan menerima aku seadanya.

Tidur

Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...