Dalam paksi yang dilukis mimpi
Angannya dikau dan aku berkongsi hati
Dan dalam ruang yang diulit realiti
Malangnya mimpi hanya tinggal fantasi
Persoalannya--
Layakkah aku untuk menyayangi
Bila suka kau kongsi sama sendiri
Dengan orang yang kau sukai.
Layakkah aku untuk mencemburui
Dan memaksa diri untuk fahami
Bahawa aku sahaja yang kau cintai.