Hey puisi
Lama sudah kita tidak berjumpa
Kerna ku kini sedang hangat bercinta
Maafkan aku lupakan kau sebentar
Hey puisi
Aku sudah berjumpa insan yg lama kutunggu
Insan yg sentiasa menyayangi aku
Yang buat aku tersenyum selalu
Hey puisi
Aku mahu buatnya gembira
Walau sering aku biarkan dia
Memahami diriku tanpa aku cuba memahami dia
Hey puisi
Hati ini sudah lama disakiti
Sekarang tiba masanya ku pulih dari dilukai lagi
Dengan mencintai insan yg sentiasa menyayangi aku ini
Hey puisi
Aku tinggalkan kau sementara
Bukan kerana kulupa
Kerna hati ini penuh cinta yg sukar dicerita
"Jika engkau dan aku lihat pada bulan, sesungguhnya kita melihat pada bulan yang sama dan aku namakan ia BULAN KITA. Dan jika engkau dan aku lihat pada puisiku ini, ku harap engkau dapat rasa yang sama apa yang ku rasa agar dapat kunamakan ia PUISI KITA"
Isnin, 5 September 2016
Langgan:
Catatan (Atom)
Tidur
Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...
-
Minta kau jangan lalu sini, Kerna mataku tak berkelip memerhati, Kau buat ku tersenyum sendiri. Minta kau jangan pandang sini, Ker...
-
Perlahan lahan aku mahu lepaskan semuanya, Aku cuba. Setiap tindak tandukku dicemari kealpaan keseronokkan, Aku lelah. Doakan aku, m...
-
Selamat malam. Ku ucapkan padamu setiap malam, Bingkisan kata itu terungkap buatmu, Agar kamu tahu, ku ada disisimu. Selamat mal...