Ahad, 19 Mac 2017

Untuk Tontonan Umum

Benci
Kau sebarkan dalam media sosial
Adakah layak jadi tatapan umum?

Dari luah kata benci kau taburkan
Buruk tingkah laku kau sajikan tanpa sedar
Jika kasar aku katakan ini, maaf
Tapi cerdik kau letak di mana?

Aku pasti
Apa yg ingin kau katakan itu 'umum'
Tidak tuju pada siapa
Namun
Adakah pembaca itu bawah umur?

Tingkah, kata dan fikir
Datangnya dari hati

Maka didiklah hati jadi sesejuk dingin salju
Moga penuh rasa sayang pada orang sekelilingmu

Jangan kau nyalakan hati dengan api membara
Maka tiap tingkah laku yg kau tidak sukai
Kau selimutkan dengan rasa benci

Berfikir matang mulai sekarang
Zaman riang, dengki sudah berlalu
Kerana di hadapan terus ke hadapan
Yang tertinggal hanya kau seorang

Bila kau nak berubah untuk maju ke hadapan?

Tidur

Malam semakin gelita Pagi semakin menghampiri Mata semakin layu keletihan Tak tertahan lagi badan Terhampar atas katil tebal Cuba lupa kan y...